SELEPAS berbulan ditangguhkan, Twitter telah mula membuang tanda pengesahan biru daripada pengguna yang disahkan tetapi belum mendaftar untuk perkhidmatan langganan berbayar, Twitter Blue.
Elon Musk melancarkan Twitter Blue tahun lepas dan memperkenalkan caj bulanan AS$8 untuk tanda pengesahan selepas membeli platform media sosial itu pada harga AS$44bilion.
Akaun dengan tanda semak sebelum tarikh pengambilalihan Musk, yang dikenali sebagai legacy account, diberi pilihan untuk membayar langganan atau berisiko kehilangan tanda semak mereka, yang pada asalnya diperkenal untuk mengelak penyamaran.
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal seperti Pope Francis, Bill Gates dan Kim Kardashian.
Organisasi terkemuka, termasuk Pemerhati Hak Asasi Manusia, juga kehilangan tanda pengesahan mereka.
Di bawah Musk, akaun kerajaan yang disahkan diberi tanda semak versi kelabu, manakala saluran media yang disahkan diberi tanda semak berwarna emas.
Tanda semak biru dilihat sebagai penunjuk kebolehpercayaan kerana ia bermakna identiti pengguna telah disahkan oleh platform.
Ini bagi membantu pengguna mengenal pasti akaun penyamar dan maklumat salah, dengan sebahagian besarnya dikhaskan untuk ahli politik, selebriti, wartawan dan organisasi media.
Ramai pengguna Twitter telah membantah perubahan tersebut dan menyuarakan kebimbangan sistem baharu itu akan menggalakkan penyebaran maklumat salah dan berita palsu.
Agensi
Fri Apr 21 2023
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal. -Gambar fail/Wikipedia
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
X akan buang ciri sorok calit biru
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Di tangga ketiga manusia paling kaya dunia, Zuckerberg kini atasi Musk
Mark Zuckerberg mempunyai nilai kekayaan mencapai $187 bilion, mengatasi Elon Musk dengan nilai kekayaan $181 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.